Kes Covid-19 melonjak di Indonesia, hampir 30,000 kes baharu dilaporkan

Kes Covid-19 melonjak di Indonesia, hampir 30,000 kes baharu dilaporkan

Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini melaporkan, sebanyak 29,745 kes baharu direkodkan hari ini, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 2,313,829 dengan 1,942,690 pesakit dikatakan sembuh. (Gambar AP)
JAKARTA:
Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 dengan mencatatkan hampir 30,000 kes baharu, manakala 558 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 29, 745 kes baharu direkodkan hari ini, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 2,313,829 dengan 1,942,690 pesakit dikatakan sembuh.

Dari 3 Julai hingga 20 Julai ini, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.