
“CDC menggalakkan 47 juta dewasa yang belum divaksin untuk mendapatkannya secepat mungkin bagi melindungi diri mereka, keluarga dan komuniti,” lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan CDC.
Menurut saranan itu menjelaskan setiap dewasa harus atau mungkin mendapatkan dos penggalak enam bulan selepas menamatkan dua dos pertama, tidak seperti sebelum ini yang hanya mengesyorkan dos penggalak kepada mereka berumur 65 tahun ke atas, dan kepada orang dewasa tertentu yang berisiko tinggi dijangkiti atau menghidap penyakit kronik.
Beberapa penasihat CDC berkata mereka berharap garis panduan lebih mudah berdasarkan umur akan mengurangkan kekeliruan mengenai siapa yang layak menerima suntikan tambahan, menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS membenarkan dos penggalak vaksin Pfizer/BioNTech dan Moderna Covid-19 untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Sehingga Jumaat, 229,291,004 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, atau 69.1% daripada keseluruhan penduduk.
Jumlah yang lengkap divaksin pula adalah sebanyak 195,920,566 iaitu sebanyak 59%.
Sejumlah 33,454,832 orang, atau 17.1% daripada kumpulan lengkap divaksin telah menerima suntikan penggalak, menurut data CDC.