3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir di Jerman

3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir di Jerman

Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu. (Gambar AP)
BERLIN:
Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.