2 maut, kereta pandu sendiri ‘terjun’ bangunan

2 maut, kereta pandu sendiri ‘terjun’ bangunan

Menurut laporan, kenderaan itu diletakkan di aras tiga atau lima tempat letak kereta di ibu pejabat Nio ketika kejadian.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan kenderaan pandu sendiri Nio. (Gambar Bloomberg)
SHANGHAI:
Dua orang maut selepas sebuah kereta pandu uji “terjun” dari tempat letak kereta ibu pejabat pembuat kenderaan elektronik Nio.

Menurut laporan media tempatan, nahas yang berlaku petang semalam itu meragut nyawa dua penumpang kenderaan berkenaan.

Rakaman yang tersebar di media sosial hari ini menunjukkan anggota keselamatan berusaha memasuki kereta itu yang terbaring di sisinya manakala kaca dan puing bertaburan di sekeliling kenderaan itu.

Menurut laporan, kenderaan itu diletakkan di aras tiga atau lima tempat letak kereta di ibu pejabat Nio ketika kejadian.

Syarikat itu tidak mengulas kejadian berkenaan selepas dihubungi, manakala punca nahas masih tidak diketahui.

Menurut laporan Shanghai Securities News, kereta terlibat adalah model ET5 yang dilancarkan lewat tahun lalu untuk menyaingi Model 3 keluaran Tesla.

Ogos tahun lalu, Lin Wenqin, seorang usahawan di wilayah Fujian, maut apabila kenderaan utiliti sukan buatan Nio dinaikinya mengalami kemalangan ketika fungsi sistem bantuan pemandunya dinyalakan. Kejadian itu mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan kenderaan pandu sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.