17 maut nahas jalan raya di Mesir

17 maut nahas jalan raya di Mesir

Sebanyak 15 ambulans dikerah ke lokasi kejadian yang membabitkan pertembungan sebuah bas mini dan trak di selatan negara itu.

Sekurang-kurangnya 17 maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan yang dipercayai berlaku selepas pemandu bas mini hilang kawalan lalu merempuh lori dari arah bertentangan.
KAHERAH:
Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag, di selatan Mesir, pada Selasa.

“Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.