
Dalam kejadian kira-kira 2.07 petang itu, mangsa yang berusia 38 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jasin, manakala anggota polis berkenaan cedera.
Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota trafik IPD Tangkak itu sedang melakukan pemeriksaan terhadap seorang pemandu kereta di lorong kecemasan.
“Penunggang motosikal datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu merempuh anggota polis terbabit.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa dan anggota polis trafik cedera. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin namun penunggang motosikal disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.
Roslan berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau juga meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi pegawai penyiasat polis Mohd Azmil Azwa Amir Azwa di talian 019-3058346 bagi membantu siasatan.