16 tentera India maut, trak masuk gaung

16 tentera India maut, trak masuk gaung

Trak dinaiki tentera berkenaan dilaporkan terjunam ke dalam gaung ketika melalui selekoh tajam.

Seramai 16 tentera India meninggal dunia dalam kemalangan di daerah Sikkim Utara, India, pada Jumaat. (Gambar Facebook)
MOSCOW:
Sekurang-kurangnya 16 anggota Tentera India terbunuh, manakala empat lagi cedera apabila trak yang mereka dinaiki terjunam ke dalam gaung di daerah Sikkim Utara, India pada Jumaat, kata Menteri Pertahanan Rajnath Singh.

“Sangat sedih menerima berita anggota tentera India terkorban dalam kemalangan jalan raya di Sikkim Utara.

“Negara amat berterima kasih atas khidmat dan komitmen mereka. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.

“Saya mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh, “Kata Singh menerusi ciapan di Twitter, lapor Sputnik.

Hindustan Times pada Jumaat melaporkan bahawa trak itu menyertai konvoi tiga kenderaan dan dalam perjalanan dari Lachen ke Thanggu, sebelum terjunam ke dalam gaung ketika melalui selekoh tajam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.