6 termasuk kanak-kanak cedera, van dirempuh pemandu mabuk

6 termasuk kanak-kanak cedera, van dirempuh pemandu mabuk

Polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah SUV melanggar belakang sebuah van menyebabkan kenderaan itu terbalik.

Naazron Abdul Yusof
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pemandu SUV berusia 51 tahun itu ditahan reman hingga esok. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol selepas kenderaannya terbabit kemalangan sehingga menyebabkan enam individu termasuk kanak-kanak cedera di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata kemalangan berlaku pada 1.20 pagi melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover Velar dipandu suspek berusia 51 tahun dan sebuah van jenis Mazda.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang van menyebabkan kenderaan tersebut terbalik ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu van dan lima penumpang berusia tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kajang dan Hospital Serdang manakala pemandu SUV tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata suspek direman dua hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair menerusi talian 013-2091766.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.