
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, menyebabkan Muskir Rosli, 14, yang menunggang motosikal dan adiknya Mas Siti Rosnani Rosli, 7, serta dua saudara mereka, Hakikat Abdul Rahman, 9; dan Zulhaqif Zulkifli, 12, cedera parah, lapor Harian Metro.
Difahamkan, Muskir adalah pelajar di SMK Seri Intan manakala tiga pembonceng motosikal itu bersekolah di SK Kampung Pek.
Ketua Polis Machang Azuhar Md Nor berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda Jazz yang dipandu guru wanita dari arah Machang menghala ke Kuala Krai sebelum berlanggar dengan motosikal Honda C100 yang dinaiki semua mangsa dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba untuk masuk ke simpang sekolah sebelum melanggar bahagian hadapan sisi kanan kereta yang sedang melalui laluan sah,” katanya.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan semua mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Menurutnya, guru wanita berusia 39 tahun yang memandu kereta Honda Jazz itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Machang di talian 09-9751222.