Budak 6 tahun tembak guru

Budak 6 tahun tembak guru

Insiden dipercayai berlaku ketika guru dan murid itu bertengkar, menurut polis.

Polis tiba di lokasi kejadian di Sekolah Rendah Richneck, Newsport News, Virginia, di mana seorang murid berusia 6 tahun dilaporkan menembak gurunya. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Seorang murid berusia 6 tahun ditahan oleh polis selepas dia menembak seorang guru di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia pada Jumaat, menurut polis.

“Kecederaan guru itu dipercayai boleh mengancam nyawa. Siasatan masih diteruskan,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Polis Newport News.

Tiada pelajar cedera dalam kejadian itu dan guru wanita berusia 30-an itu dibawa ke hospital tempatan.

Tahap kecederaan guru itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini, menurut polis.

Ketua Polis Steve Drew dalam satu sidang media berkata, insiden itu berlaku ketika guru dan murid itu bertengkar, menurut CNN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.