Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci

Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci

Sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang dibeli tanpa preskripsi.

Ubat tiruan atau ubat tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
NEW YORK:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh negara.

Ubat tiruan atau ubat tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik WHO.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara telah meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi.

Ubat dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat.

Badan kesihatan dunia itu sudah pun mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.