2 maut, pesawat tentera udara Filipina terhempas

2 maut, pesawat tentera udara Filipina terhempas

Jurucakap tentera berkata, pesawat itu terputus hubungan kira-kira 30 minit selepas berlepas dari dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite.

Pesawat jenis SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila ketika sesi penerbangan latihan. (Gambar Facebook)
MANILA:
Sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu, kata jurucakap tentera.

Jurucakap PAF Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua.

Castillo berkata pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite kira-kira jam 9.59 pagi waktu tempatan.

“Kami kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas,” katanya.

Radio tempatan DZBB berkata serpihan pesawat itu ditemui di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu.

Pada petang Selasa, sebuah pesawat peribadi enam tempat duduk hilang di wilayah Isabela, utara Manila.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari pesawat Cessna itu, juruterbang dan lima penumpangnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.