2 cedera pesawat ringan terhempas di Perak

2 cedera pesawat ringan terhempas di Perak

Dua mangsa terdiri daripada juruterbang dan pelatihnya.

Keadaan pesawat ringan yang terhempas di kawasan lapang dekat Lapangan Terbang Tekah di Taiping semalam. (Gambar PDRM Taiping)
PETALING JAYA:
Seorang juruterbang dan pelatihnya cedera selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di kawasan lapang dekat Lapangan Terbang Tekah di Taiping.

Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat membabitkan pesawat jenis microlight kira-kira 10.30 pagi semalam, selepas panggilan diterima melalui sistem NG MERSS 999.

Beliau berkata, pesawat itu dilaporkan mengalami kerosakan enjin dan terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang terbabit.

“Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan serta penilaian awal.

“Kedua-dua mangsa merupakan lelaki berusia 46 serta 40 tahun yang dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.