7 maut akibat hujan, tanah runtuh di Bangladesh

7 maut akibat hujan, tanah runtuh di Bangladesh

Lebih 200,000 orang di daerah Cox’s Bazar telah terjejas akibat hujan berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya Muhammad Shaheen Imran.

Hujan lebat dan tanah runtuh yang melanda Bangladesh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang. (Gambar Twitter UNHCR)
DHAKA:
Hujan lebat dan tanah runtuh di bandar pantai Cox’s Bazar dan tenggara daerah Bandarban di Bangladesh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk empat pelarian Rohingya, kata pegawai pada Isnin.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam di Cox’s Bazar, Atish Chakma mengesahkan tanah runtuh telah mencederakan seorang lelaki dan mengakibatkan kematian seorang wanita Rohingya dan anak perempuannya berusia setahun dari kem pelarian Rohingya di Ukhiya.

Dua lagi kanak-kanak maut dalam runtuhan sebahagian gunung di kampung terpencil Chakaria di Cox’s Bazar, seorang pegawai polis, Muzibur Rahman, memberitahu Agensi Anadolu.

Seorang lagi lelaki maut ketika menyeberangi sungai untuk mengutip kayu di lokasi sama, menurut Pengerusi Chakaria Upazila Fazlul Karim Saidi.

Tanah runtuh di Alikadam di daerah Bandarban mengorbankan dua lagi etnik Rohingya, kata Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Mohammed Mizanur Rahman.

“Penyelarasan sedang dibuat untuk menempatkan semula pelarian Rohingya di kawasan yang terdedah kepada banjir kilat dan tanah runtuh. Kira-kira 100 orang Rohingya telah dipindahkan daripada kawasan terdedah bencana ke tempat yang lebih selamat,” tambahnya.

Menurut pentadbiran daerah Bandarban, lebih 8,000 orang telah berlindung di pusat perlindungan kerajaan.

Lebih 200,000 orang di daerah Cox’s Bazar telah terjejas akibat hujan berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya Muhammad Shaheen Imran pada sidang media pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.