Ribut petir, angin kencang dijangka landa utara Semenanjung

Ribut petir, angin kencang dijangka landa utara Semenanjung

MetMalaysia beri amaran keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain Labuan hingga 12 tengah hari.

ribut angin hujan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Pahang, Johor, Sabah dan Labuan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sabah dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain Labuan.

Di Perak, kawasan yang diramal terjejas meliputi daerah Kerian; Larut, Matang Dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Bagi negeri Pahang, amaran dikeluarkan untuk kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.