2 bekas pekerja klinik didakwa sebabkan kematian wanita ketika gugur kandungan

2 bekas pekerja klinik didakwa sebabkan kematian wanita ketika gugur kandungan

Dua warga emas itu didakwa bersama-sama menyebabkan kematian seorang wanita 45 tahun, di mana kematian itu disebabkan perbuatan dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran.

kompleks mahkamah kuala lumpur
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
KUALA LUMPUR:
Dua bekas pekerja sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita semasa melakukan pengguguran dua tahun lepas.

Philomena Mathias, 83, dan Rusbur Kaur Partab Singh, 73, didakwa bersama-sama menyebabkan kematian seorang wanita 45 tahun, di mana kematian itu disebabkan perbuatan dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran.

Kedua-dua wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah klinik di Jalan Changkat Bukit Bintang pada 5.30 petang 22 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 Jun ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri, manakala kedua-dua wanita itu diwakili peguam George Loh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.