Gempa bumi kuat landa Maghribi

Gempa bumi kuat landa Maghribi

Menurut laporan media banyak bangunan runtuh di Taroudant dan Marrakesh, dan berpuluh-puluh mangsa dilaporkan maut.

Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan beberapa bandar di Maghribi malam tadi menyebabkan banyak bangunan runtuh dan berpuluh-puluh mangsa dilaporkan maut. (Gambar Reuters)
RABAT:
Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan Jumaat, menurut Kajian Geologi AS, menyebabkan banyak bangunan runtuh dan berpuluh-puluh mangsa maut.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 18.5km kira-kira 70km dari barat daya Marrakesh.

Selepas kejadian, penduduk Fes di sebuah bandar di utara Maghribi, meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya kerana bimbang berlakunya gegaran susulan, lapor Xinhua.

Gempa bumi turut dirasai di banyak bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.

Banyak kediaman runtuh di bandar Taroudant dan Marrakesh, lapor media tempatan.

Media juga melaporkan ramai penduduk di kawasan itu maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.