Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa di Jepun

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa di Jepun

Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau keadaan dengan rapi.

gempa bumi di lebuh raya di Chitose, Hokkaido, Jepun pada Selasa(
Papan tanda memaparkan maklumat penutupan jalan akibat gempa bumi di lebuh raya di Chitose, Hokkaido, Jepun pada Selasa. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut Kementerian Luar Negeri.

Kementerian itu yang lebih dikenali Wisma Putra berkata, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, pihaknya sedang memantau keadaan dengan rapi.

“Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi tersebut. Kedutaan dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau perkembangan semasa,” katanya dalam kenyataan.

Gempa bumi pada kedalaman 54km, kira-kira 80km di luar pantai wilayah Aomori itu berlaku pada 11.15 malam tadi (waktu tempatan).

Amaran tsunami dikeluarkan, namun ditarik balik kemudian.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas supaya berwaspada, mengelakkan kawasan pesisir pantai dan mematuhi arahan rasmi pihak berkuasa Jepun.

“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan mendaftar keberadaan mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan segera apabila diperlukan.”

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo melalui telefon +81-3-3476-3840 (pertanyaan umum) dan +81-80-4322-3366 (kecemasan) atau melalui [email protected].

Wisma Putra akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.