Angka kematian banjir besar Libya meningkat 5,500

Angka kematian banjir besar Libya meningkat 5,500

Kira-kira 10,000 mangsa dilapor hilang dengan 30,000 lagi hilang tempat tinggal.

Kawasan terjejas banjir di Libya mengalami kekurangan bekalan asas teruk. (Gambar AP)
TRIPOLI:
Angka kematian akibat banjir dahsyat melanda timur Libya meningkat 5,500 mangsa, manakala 7,000 lagi cedera, lapor Xinhua memetik seorang pegawai tempatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang berpangkalan di Tripoli, Osama Ali berkata jumlah sebenar kematian penduduk belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemui dari kawasan terjejas.

Beliau berkata, kira-kira 10,000 mangsa telah dilaporkan hilang, manakala 30,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir.

Kawasan terjejas banjir kini berdepan kekurangan bekalan asas yang teruk, tambahnya.

Pada Ahad, ribut Mediterranean mendarat di timur Libya, mencetuskan banjir dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di sepanjang laluannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.