Mangsa banjir Sabah turun kepada 1,387

Mangsa banjir Sabah turun kepada 1,387

PPS Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup 12 tengah hari tadi susulan perkembangan positif keadaan banjir.

banjir pps
Empat PPS di daerah Beaufort menempatkan 1,387 orang daripada 442 keluarga setakat 4 petang ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan penurunan kepada 1,387 orang daripada 442 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 1,462 orang daripada 467 keluarga tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup 12 tengah hari tadi susulan perkembangan positif keadaan banjir.

Empat PPS masih beroperasi di daerah Beaufort bagi menempatkan mangsa terjejas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.

Jabatan Meteorologi meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada petang dan malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.