Gempa bumi 6.6 skala Richter landa selatan Filipina

Gempa bumi 6.6 skala Richter landa selatan Filipina

Gempa berkedalaman 122km berlaku di tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani.

Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan, tetapi tiada ancaman tsunami direkodkan. (Gambar Wikipedia)
MANILA:
Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina pada Selasa, lapor Xinhua.

Gempa bumi yang berlaku pada 9:39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122km, kira-kira 434km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tiada ancaman tsunami direkodkan.

Kepulauan Filipina memiliki aktiviti seismik yang kerap ekoran kedudukannya di sepanjang “Ring of Fire” pasifik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.