3 maut dalam tembakan di Los Angeles

3 maut dalam tembakan di Los Angeles

Polis berkata, tembakan dilepaskan dari sebuah kereta sedan berwarna perak yang dinaiki tiga atau empat lelaki, ke arah Mercedes-Benz berwarna hitam.

Seorang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa sempat sampai ke hospital, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Tiga maut dan seorang lagi cedera dalam insiden tembakan kereta ke kereta di Los Angeles, bandar raya terbesar di pantai barat Amerika Syarikat, menurut media tempatan memetik kenyataan polis pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles yang dipetik KABC-TV, stesen utama rangkaian televisyen ABC di pantai barat, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 malam Isnin (waktu tempatan) di kawasan kejiranan North Hollywood.

Polis berkata, tembakan dilepaskan dari sebuah kereta sedan berwarna perak yang dinaiki tiga atau empat lelaki, ke arah Mercedes-Benz berwarna hitam.

Laporan itu menyebut seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa dalam kereta hitam sempat sampai di hospital, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Belum ada suspek ditahan dan motif tembakan masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.