Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza

Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza

Hospital itu dikendalikan 100 kakitangan perubatan dan mempunyai pelantar helikopter dan bot.

Hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai kapasiti 100 katil mula beroperasi memberi bantuan kepada penduduk Gaza. (Gambar AP)
ABU DHABI:
Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.

Hospital dengan kapasiti 100 katil itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan lengkap, termasuk bilik pembedahan dan rawatan rapi, unit radiologi, makmal, dan farmasi.

Ia dikendalikan sepasukan 100 kakitangan perubatan dan pentadbiran merangkumi pelbagai kepakaran termasuk anestesia, pembedahan am, ortopedik, dan perubatan kecemasan.

Hospital terapung itu sebagai tambahan kepada Hospital Sahara yang dibuka di Gaza pada 3 Dis lalu mempunyai kemudahan untuk rawatan perubatan kecemasan dan kes kritikal, seperti pelantar pendaratan helikopter dan bot.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.