Tubuh negara Palestin menerusi rundingan, bukan keanggotaan PBB, kata AS

Tubuh negara Palestin menerusi rundingan, bukan keanggotaan PBB, kata AS

Jurucakap Jabatan Negara AS menegaskan pihaknya menyokong penubuhan 'sebuah negara Palestin yang merdeka'.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken dikatakan terlibat dalam ‘usaha diplomasi sangat intensif’ sejak beberapa bulan lepas berhubung penubuhan negara Palestin. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Sebuah negara Palestin perlu ditubuhkan melalui rundingan dan bukannya menerusi usaha menjadikannya anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Amerika Syarikat.

“Kami sentiasa menjelaskan bahawa kami menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Katanya lagi, Setiausaha Negara AS Antony Blinken telah terlibat dalam “usaha diplomasi yang sangat intensif” sejak beberapa bulan lepas dengan tujuan menubuhkan sebuah negara Palestin dan memastikan jaminan keselamatan untuk Israel.

“Itu adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan melalui rundingan langsung dengan pihak-pihak (berkepentingan), sesuatu yang kami usahakan ketika ini dan bukannya PBB,” katanya.

Palestin menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memohon pertimbangan baharu terhadap permohonan keahliannya.

Palestin juga mengemukakan tawaran untuk menjadi anggota penuh PBB pada tahun 2011 tetapi gagal untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan daripada ahli Majlis Keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.