
Dalam kenyataan, kementerian berkenaan turut memaklumkan 78,018 lagi cedera dalam serangan itu.
“Serangan Israel mengakibatkan 29 orang maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.
Ramai mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat masih tidak dapat menghampiri mereka, katanya.
Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85% daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.