10 maut dirempuh di New Orleans

10 maut dirempuh di New Orleans

Saksi dilaporkan melihat sebuah trak dipandu laju ke arah orang ramai sebelum pemandu keluar lalu melepaskan tembakan.

Sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia, manakala 30 lagi dibawa ke hospital dalam kejadian rempuhan di French Quarter, New Orleans.
WASHINGTON:
Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala 30 lagi dibawa ke hospital selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di French Quarter, New Orleans.

Pasukan penyelamat kini “sedang menangani insiden kecemasan besar-besaran melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh orang ramai di Jalan Canal dan Bourbon,” lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik kenyataan pihak berkuasa bandar raya itu.

Terdahulu, penyiar CBS News melaporkan saksi melihat sebuah trak dipandu laju ke arah orang ramai di Jalan Bourbon sebelum pemandunya keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan.

Rakaman oleh WWLTV menunjukkan sejumlah besar pasukan kecemasan berada di lokasi kejadian. Seorang wartawan stesen itu melaporkan pihak polis telah mengosongkan beberapa restoran dan bar di Jalan Bourbon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.