Gempa bermagnitud 6.2 landa Hokkaido, tiada amaran tsunami

Gempa bermagnitud 6.2 landa Hokkaido, tiada amaran tsunami

Gempa itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

earthquake gempa bumi
Gempa itu berlaku pada 5.24 pagi di wilayah Tokachi, pulau utama di utara Jepun. (Gambar Reuters)
TOKYO:
Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Kyodo News melaporkan gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi, pulau utama di utara Jepun dan berlaku pada kedalaman kira-kira 83km.

Tiada laporan segera berhubung kecederaan.

Bacaan 5 atas digambarkan sebagai tahap yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

Menurut Hokkaido Electric Power Co, tiada sebarang insiden dikesan di loji tenaga nuklear Tomari.

Gempa berlaku ketika JMA mengeluarkan nasihat selama seminggu mengenai peningkatan risiko gempa kuat susulan gempa bermagnitud 7.7 yang melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun seminggu sebelumnya.

Hokkaido antara tujuh kawasan dinasihatkan berwaspada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.