1 maut, 1 patah rusuk ditanduk kerbau korban

1 maut, 1 patah rusuk ditanduk kerbau korban

Dua kejadian berasingan berlaku di Ulu Tiram semalam ketika pelaksanaan ibadah korban.

Seorang lelaki maut di Kampung Tenang, manakala seorang lagi patah rusuk kiri akibat ditanduk kerbau korban di Kampung Sungai Tiram, dalam dua kejadian berasingan di Ulu Tiram. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang maut, manakala seorang lagi patah rusuk dalam dua kejadian berasingan ketika melaksanakan ibadah korban melibatkan kerbau, dalam kejadian di Ulu Tiram, Johor, semalam.

Ketua Polis Seri Alam Sohaimi Ishak, berkata insiden maut di Kampung Tenang berlaku sekitar 10 pagi membabitkan lelaki berusia 45 tahun.

“Mangsa yang cedera ditanduk kerbau untuk ibadah korban dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia sekitar 11 malam tadi.

“Hasil laporan bedah siasat terhadap mangsa mendapati sebab kematian adalah kecederaan saluran darah kaki kiri,” katanya dalam kenyataan sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, Sohaimi berkata, dalam satu lagi insiden berasingan di Kampung Sungai Tiram, mangsa yang juga berusia 45 tahun mengalami patah tulang rusuk kiri susulan kerbau ibadah korban tiba-tiba bertindak liar, lalu menanduk mangsa.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.