
Ketua Polis Cheras Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira 5.13 petang.
Beliau berkata, sepasukan polis bersama anggota bomba dan penyelamat serta pasukan perubatan kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki dianggarkan berusia bawah 30 tahun.
“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat lemas dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu,” katanya dalam kenyataan.
Rosdi berkata, pemeriksaan fizikal dijalankan pasukan forensik IPK Kuala Lumpur tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.