
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata sepasukan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah dihantar ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian khususnya di media sosial.
“Setakat ini kes disiasat bawah laporan mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah, kes akan diklasifikan semula dan diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.
Semalam, tiga pekerja di pelantar minyak dilaporkan maut manakala seorang lagi parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.