
Sekurang-kurangnya 10 tentera dan ramai orang awam turut terkorban dalam serangan oleh pengganas tajaan asing itu, lapor media Pakistan.
Mangsa awam yang terkorban termasuk lima ahli sebuah keluarga Baloch di Gwadar, termasuk tiga kanak-kanak.
Pasukan keselamatan masih meneruskan operasi mereka dan menggunakan pemantauan udara untuk memburu pengganas bertanggungjawab atas serangan di pelbagai lokasi itu.
Kumpulan pemberontak menyerang sebuah van polis di Quetta dan menyasarkan pos pasukan separa tentera Kor Frontier di Nushki serta Dalbandin, menurut laporan media tempatan.
Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 108 pengganas dalam tempoh dua hari operasi membanteras pemberontakan.
Seramai 41 militan maut di dua lokasi di Balochistan Jumaat lalu, kata sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) dalam kenyataan.
Seramai 30 pengganas dibunuh di pinggir daerah Harnai, manakala 10 lagi di daerah Panjgur apabila sebuah lokasi persembunyian pengganas diserbu, menurut ISPR.
“Selain senjata dan peluru, wang hasil rompakan bank di Panjgur pada 15 Dis lalu turut ditemui daripada pengganas maut itu.”