2 maut bangunan runtuh di India

2 maut bangunan runtuh di India

Seramai 13 lagi cedera dalam kejadian bangunan runtuh di Kota, negeri Rajasthan pada Sabtu.

mayat
Pesuruhjaya Bahagian Kota Anil Agrawal berkata pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti dua mayat yang dikeluarkan dari lokasi runtuhan. (Gambar Pixabay)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya dua maut, manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bangunan runtuh di Kota, negeri Rajasthan, barat India pada Sabtu, menurut pegawai kerajaan pada Ahad, lapor Xinhua.

Ketika memberi taklimat media mengenai kejadian itu, Pesuruhjaya Bahagian Kota, Anil Agrawal, berkata dua mayat dikeluarkan dari lokasi kejadian dan usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa korban.

Daripada jumlah mangsa cedera, dua orang dilaporkan parah.

“Semua mangsa cedera dimasukkan ke hospital tempatan,” katanya.

Menurut media tempatan, bangunan itu menempatkan sebuah kedai makan di tingkat bawah.

Punca runtuhan belum dikenal pasti dan operasi menyelamat masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.