
ROM: Dua maut dalam kejadian runtuhan salji di kawasan pergunungan Alps Itali pada Rabu selepas kepingan salji besar runtuh di Wilayah Valtellina berhampiran sempadan Switzerland, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Memetik perkhidmatan menyelamat gunung pada Rabu, media tempatan melaporkan mangsa maut terdiri daripada seorang wanita 28 tahun dan seorang lelaki 33 tahun yang menetap di Itali.
Risiko runtuhan salji di pergunungan Alps meningkat sejak beberapa minggu lalu.
Pihak berkuasa tempatan di Austria, Perancis, Switzerland serta Itali melaporkan beberapa kematian akibat runtuhan salji dan menasihatkan orang ramai lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti sukan di kawasan pergunungan.