
HYDERABAD: Empat belas maut, manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah kemudahan simpanan bunga api di negeri Kerala, selatan India meletup pada Selasa.
Stok mercun itu untuk kegunaan sempena sambutan keagamaan tahunan, Thrissur Pooram pada 24 April ini.
Menurut media tempatan, premis itu menghasilkan mercun untuk Kuil Thiruvambadi Krishna, antara penganjur festival Pooram.
Sepuluh mangsa cedera ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kolej Perubatan Thrissur, kata Menteri Kesihatan Kerala, Veena George kepada media.
Ini letupan besar kedua di kemudahan pembuatan mercun di selatan India dalam tempoh beberapa hari.
Ahad lalu, 25 pekerja maut dalam satu letupan di Virudhunagar, negeri Tamil Nadu.