
Seramai 178 aktivis dari pelbagai negara, termasuk Greece, dibawa ke Kampung Atherinolakkos di Lasithi, timur Crete, dan dari sana mereka akan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Heraklion, lapor penyiar SKAI memetik sumber tempatan.
Dari lapangan terbang itu, aktivis akan dihantar pulang ke negara masing-masing.
Flotila GSF diserang pada Khamis berhampiran pulau Greece itu, kira-kira 600 batu nautika dari destinasi mereka, wilayah Gaza yang musnah akibat sekatan.
Kumpulan kapal pertama flotila itu yang membawa bantuan kemanusiaan, belayar dari Barcelona pada 12 April lalu, manakala armada utama berlepas dari Pulau Sicily, Itali pada 26 April, dengan matlamat memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza yang berlarutan selama bertahun-tahun.
Israel mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza sejak 2007 dan menyebabkan 2.4 juta penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.
Tentera Israel melancarkan serangan kejam selama dua tahun ke atas Gaza bermula Oktober 2023 yang mengorbankan lebih 72,000 orang, mencederakan lebih 172,000 dan mengakibatkan kemusnahan besar-besaran di seluruh wilayah terkepung itu.