
Jurucakap Polis Nasional, Mayndra Eka Wardhana, berkata suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan Jamaah Anshoru Daulah (JAD), rangkaian ekstremis tempatan dikaitkan dengan IS.
Beliau berkata, tangkapan dibuat di daerah Parigi Moutong dan Poso pada awal pagi Rabu sebagai sebahagian operasi antikeganasan bersepadu di Sulawesi Tengah, termasuk di Kampung Tomoli Utara, Kecamatan Toribulu kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan.
“Siasatan polis mendapati suspek dipercayai terbabit dalam penyebaran propaganda ekstremis melalui pelbagai platform dalam talian,” katanya menurut Agensi Berita Antara pada Khamis.
Beliau berkata, pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi menentukan sejauh mana pembabitan suspek dalam aktiviti militan dan kemungkinan kaitan dengan rangkaian ekstremis lebih luas.
Jelasnya, operasi itu sebahagian usaha berterusan mencegah fahaman radikal dan mengekalkan keselamatan negara.