Bekas ratu warnakan kuku bayi kembarnya gara-gara sukar bezakan mereka

Bekas ratu warnakan kuku bayi kembarnya gara-gara sukar bezakan mereka

Rosanna Davison, model dan bekas Ratu Dunia (Miss World) yang berasal dari Dublin, Ireland mengaku bahawa dia sukar membezakan kedua-dua bayinya sehingga menjadikan dia selalu kecewa.

Rosanna mengaku sukar bezakan bayi-bayinya apabila berada dalam ruang gelap. (Gambar Instagram)

Bukan mudah mengasuh anak kembar malah kadang-kala ada juga ibubapa yang sukar membezakan anak kembar mereka terutama yang masih bayi.

Ianya terjadi kepada Rosanna Davison, model dan bekas Ratu Dunia (Miss World) yang berasal dari Dublin, Ireland mengaku bahawa dia sukar membezakan kedua-dua bayinya sehingga menjadikan dia selalu kecewa.

Namun, dia akhirnya mendapat idea penyelesaian iaitu mengecat kuku bayi kembarnya dengan pewarna kuku.

“Sememangnya saya sangat sukar membezakan anak-anak lelaki saya apabila berada dalam ruang yang gelap,” ujarnya.

Menurut Rosanna, bayi kembarnya yang bernama Hugo dan Oscar merupakan kembar seiras dan yang membezakan mereka hanyalah tubuh Hugo lebih kecil sedikit dari Oscar.

Dia kemudiannya telah membeli pewarna kuku yang tidak beracun dan mengecat kuku Hugo dengan warna biru turquoise.

“Apabila sudah besar nanti, Hugo mungkin akan marah kepada ibunya.

“Tetapi sekarang, saya sudah boleh membezakan antara Hugo dan Oscar,” kata Rosanna.

Rosanna melahirkan bayi kembarnya pada November 2020 tetapi sebelum itu, dia mengalami kesukaran untuk hamil dan kelahiran bayi-bayinya itu adalah kegembiraan buatnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.