Lelaki ‘drakula’ hisap darah dan bunuh 10 kanak-kanak dengan kejam

Lelaki ‘drakula’ hisap darah dan bunuh 10 kanak-kanak dengan kejam

Lelaki yang berasal dari Kenya itu mengaku telah melakukan sebanyak 10 pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak dan remaja dalam tempoh lima tahun.

Masten Milimo Wanjala mengaku merasa seronok membunuh mangsa-mangsa dan tidak berasa menyesal atas perbuatannya itu.

Seorang lelaki yang juga digelar ‘drakula’ dilaporkan menghisap darah kanak-kanak sebelum membunuh mereka dengan kejam.

Masten Milimo Wanjala, 20, bagaimana pun berjaya ditahan pada Rabu lalu setelah polis menemui dua mayat kanak-kanak di sebuah kawasan hutan berdekatan Nairobi.

Lelaki yang berasal dari Kenya itu mengaku telah melakukan sebanyak 10 pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak dan remaja dalam tempoh lima tahun, lapor akhbar Daily Mail.

“Suspek telah menceritakan secara terperinci bagaimana dia menghisap darah kesemua mangsa menggunakan rahang giginya sebelum membunuh mereka.

“Dia menyasarkan kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 13 tahun sebagai mangsanya serta turut memberi dadah kepada mangsa sebelum menghisap darah seterusnya membunuh mereka,” ujar Direktorat Siasatan Jenayah Kenya.

Dia juga dikatakan telah membuang sebahagian mayat mangsa ke dalam paip kumbahan berhampiran ladang jagung.

Menurut laporan, sewaktu berusia 16 tahun, dia telah menculik seorang kanak-kanak dan menghisap darahnya dan membiarkan mangsa mati.

Wanjala bagaimana pun mengaku merasa seronok membunuh mangsa-mangsanya dan tidak berasa menyesal atas perbuatannya itu.

Menurut polis, Wanjala akan didakwa dengan dengan tuduhan membunuh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.