Petugas taman safari maut dibaham harimau

Petugas taman safari maut dibaham harimau

Catalina Ibarra ditugas membersihkan kawasan itu, namun tidak diberitahu sangkar harimau tidak berkunci.

Catalina Torres Ibarra maut diserang seekor harimau apabila pintu sangkar di Taman Safari Rancagua di Chile itu tidak dikunci. (Gambar Instagram)

Seekor harimau menyerang dan membunuh seorang wanita di sebuah taman safari selepas dihantar untuk membersihkan kawasan itu, namun tidak diberitahu sangkar haiwan tersebut tidak berkunci.

Catalina Torres, seorang graduan Ecopelancongan maut di Safari Rancagua di tengah Chile pada 6 Ogos lalu.

Rakan setugasnya, Leonardo Maluenda berkata, mangsa tidak diberitahu pintu sangkar itu tidak berkunci.

Menerusi laman web taman safari tersebut, hanya harimua putih yang jarang ditemui disimpan di taman itu. Namun masih kurang jelas sama ada ia menyimpan species harimau lain, atau harimau yang mana yang menyerang wanita itu.

Pengurus Pentadbiran dan kewangan, Antonio Rojas mendakwa, sekumpulan pekerja sengaja membuka pintu sangkar sekali gus melanggar protokol taman berkenaan. Namun petugas terbabit berkata sangkar itu memang tidak berkunci dan mereka tidak membukanya.

Difahamkan, Ibarra bekerja di taman tersebut sejak dua tahun lalu. Selain tugas penyelenggaraan, dia turut mengendalikan lawatan berpandu.

Menurut pengurusan taman, tugas-tugasnya tidak membabitkan kontak langsung dengan haiwan di situ. Taman itu kini disiasat atas dakwaan melakukan kecuaian.

Senator Chile, Dr Guido Girardi berkata pihaknya akan memfailkan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas serangan maut itu.

Tapak itu adalah gabungan zoo dan taman safari, di mana kebanyakan haiwan yang diselamatkan dari spesies eksotik dibenar berkeliaran di kawasan terbuka yang luas.

Sejak kejadian tragis itu, harimau yang membunuh Ibarra masih belum dimatikan. Bagaimanapun, nasibnya masih belum diketahui.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.