Pemuda alih pokok tumbang halang lebuh raya undang tular di media sosial

Pemuda alih pokok tumbang halang lebuh raya undang tular di media sosial

Pemuda itu dilihat mengawal lalu lintas sambil menarik dahan kayu yang menghalang lebuh raya.

Video TikTok yang mendapat perhatian lebih 1.2 juta warganet itu memperlihatkan seorang pemuda yang mengalih dahan pokok tumbang di atas jalan raya lain. (Gambar Facebook)

Bukan mudah untuk melihat anak muda yang lebih memikirkan keselamatan dan kesejahteraan awam berbanding kepentingan diri sendiri.

Namun, itulah yang dipamer seorang pemuda, menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Manisfm baru-baru ini.

Menerusi video TikTok yang dikongsi nina_yusoff itu, seorang pemuda dilihat memberhentikan kereta di tepi sebuah lebuhraya selepas mendapati sebatang pokok tumbang sehingga menghalang sebahagian jalan.

Sambil meminta kenderaan lain memperlahankan kereta mereka, pemuda tersebut pantas mengalihkan dahan kayu yang berselerak di atas lebuh raya tersebut.

Video berdurasi 59 saat itu juga menunjukkan sebuah pacuan empat roda turut berhenti untuk membantu pemuda tersebut, malah di akhir video, kelihatan sebuah lagi kereta turut sama membantu mengawal jalan raya.

“Terbaik anak muda! Bangga menjadi rakyat Malaysia. Pahala yang terus mengalir. Semoga menjadi contoh ikutan buat semua,” komen Manisfm bangga.

Video tiktok yang dilihat lebih 1.2 juta kali dan menerima lebih 140,000 tanda suka ini mendapat pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet.

Rata-rata bangga dan memuji sifat mulia pemuda tersebut dan beberapa pemandu lain yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang ramai.

“Besar pahalanya mengalihkan sesuatu yang menghalang org lain di atas jalan,” kata warganet Hany Saferi.

Awang Salim Awang Dahlan pula berkata, “Insan muda yg patut dicontohi oleh semua generasi,”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.