
Ke mana kita minggu ini? Jom kita ke MinNature Malaysia, pameran mini terbesar di Asia dan yang ke tiga terbesar di dunia.
Dibuka pada 2016, ia dahulunya menggunakan ruang seluas 17,000 kaki persegi di Subang Jaya tetapi kemudian berpindah ke pusat bandar Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kebanyakan model-model ini dibina dari plastik menggunakan pencetak 3D dan ia adalah model milik MinNature yang dibuat dari kayu atau plaster. Hanya patung manusia, kereta, keretapi dan pokok dibawa dari luar.
Model-model ini mengambil masa tiga tahun untuk dibina dan kerja-kerja pembinaan masih dijalankan untuk pameran masa hadapan.

Ruang pameran ini dibahagikan kepada dua zon yang mana ruang pertama menceritakan kehidupan perkampungan seperti rumah-rumah perkampungan, lombong, estet di Cameron Highlands dan penanaman kelapa sawit.

Manakala, ruangan ‘The Leisure Park’ mengisahkan mengenai taman hidupan liar mini, taman tema air dan taman hiburan.
Kesemua model mempunyai pencahayaan yang realistik. Tiada halangan buat kanak-kanak mendekati mereka tetapi mereka tidak boleh disentuh.

Bahagian yang paling luas adalah ‘The Dataran’ dan ia mengisahkan model-model di Kuala Lumpur yang ikonik seperti Menara Kuala Lumpur, Masjid Negara, Menara Maybank dan bangunan Sultan Abdul Samad.

Terdapat pelbagai lagi perkara menarik yang boleh anda lihat dan pelajari di sini. Malah, terdapat juga permainan ‘Mencari Harta Karun’ yang memerlukan pemain mencari model-model yang dipamerkan dengan butir-butir mereka. Anak-anak pasti seronok berada di sini.

Pelbagai model mini baharu sentiasa dipamerkan agar ada kelainan dan kesegaran dari masa ke semasa.

Berada di taman ini seolah berada dalam penceritaan kehidupan di Malaysia dan ianya begitu menarik buat anak-anak untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang baru.
Waktu dibuka:
Setiap hari: 10am-6pm
Waktu masuk terakhir: 5.30 pm
JUMPA@Sungei Wang Plaza
Lot MUF-1
Level 1
Sungei Wang Plaza
Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
Tel: (011) 1009 9374
Artikel ini pernah disiarkan di Malaysia Traveller
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]