
Melaka adalah destinasi pelancongan kegemaran bukan sahaja di kalangan pelancong tetapi juga rakyat Malaysia.
Bukan hanya kaya dengan sejarah dan kebudayaan, tetapi Melaka menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pelancong.
Selain tempat bersejarah di bandar Warisan Dunia Unesco ini, Melaka juga terkenal dengan makanannya, dari pelbagai budaya di Malaysia.
1. Asam pedas claypot

Terdapat banyak restoran asam pedas di seluruh Melaka tetapi jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, kunjungi Asam Pedas Claypot di Taman Kota Laksamana.
Hidang pedas masam manis ini pastinya akan membangkitkan selera anda.
Tetapi terdapat banyak saingan di sekitar restoran seperti Asam Pedas Claypot Pokok Besar.
Perlu diingatkan, tempat letak kenderaan adalah terhad di sini dan jika anda memilih untuk makan di tempat yang lebih terkenal ini, anda mungkin perlu menunggu untuk duduk.
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
86, Jalan Laksamana 5
Taman Kota Laksamana
2. Nikmati Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball adalah 100% halal, tidak seperti kebanyakan restoran lain di Melaka.
Selain dari hidangan yang sangat terkenal ini, mereka juga menyajikan hidangan Nyonya (Peranakan) yang asli.
Restoran ini begitu terkenal dan pernah disiarkan di segmen Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 dan pernah dikunjungi oleh selebriti dan kerabat diraja.
Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3
Taman Melaka Raya
3. Lawati Masjid Cina Melaka

Reba bentuk Masjid Cina Melaka membezakannya daripada masjid-masjid lain di negara ini.
Daripada kubah dan menara yang biasa, masjid ini mempamerkan reka bentuk dan seni bina Cina dan kelihatan lebih seperti kuil Buddha.
Ia semestinya patut dikunjungi.
4. Lawati bangunan bersejarah

Dengan sejarah yang merangkumi lebih dari 600 tahun, Melaka adalah tempat terbaik untuk mempelajari mengenai sejarah.
Malah, Kesultanan Melayu bermula di kota ini yang membolehkan kuasa Eropah datang ke sini untuk mencari rempah. Malangnya, mereka kemudian menyerang Melaka.
Banyak bangunan bersejarah di sini telah diubah menjadi muzium.
Anda boleh berjalan di sekitar Dutch Square untuk mengalami sendiri bagaimana keadaan di sini sejak beratus-ratus tahun yang lalu dan meluangkan masa di Queen Victoria Fountain, yang dibina oleh British pada tahun 1901.
5. Naik beca

Terdapat banyak beca di seluruh Melaka – sebenarnya mustahil untuk tidak melihatnya terutama apabila ianya dihiasi dan berwarna-warni.
Beca digunakan sebagai alat pengangkutan pada masa dahulu tetapi hari ini, kenderaan ini dipelihara sebagai tarikan pelancongan.
Dengan harga RM25 (pada Disember 2020), beca akan membawa anda menuju ke tempat-tempat bersejarah di Melaka, melalui A’ Famosa, Dutch Square dan Menara Taming Sari.
Waktu terbaik untuk menaiki beca adalah pada waktu malam ketika lampu LED berwarna-warni dihidupkan.
Namun, bersiap-sedialah untuk mengikuti muzik yang kuat dari pembesar suara yang dipasang pada beca.
Tetapi lebih baik lagi jika mereka memainkan muzik tradisional dan bukannya dangdut dan tekno yang tidak kena-mengena dengan perjalanan bersejarah.
6. Nikmati semangkuk cendol

Cendol adalah pencuci mulut dari ais yang disagat dicampur dengan santan dan gula merah. Ia adalah penghilang dahaga yang sangat sempurna terutama bagi mereka meminati minuman manis.
Terdapat banyak gerai cendol di Melaka, tetapi Cendol Jam Besar yang terletak berhampiran menara jam di Dutch Square adalah tempat yang terbaik untuk menikmati pencuci mulut tempatan ini.
7. Singgah ke Calanthe Art Café

Kafe ini terletak berhampiran Jalan Jonker dan merupakan tempat yang sesuai untuk penggemar kopi dan pencinta makanan Nyonya.
Kafe ini menyajikan 13 jenis kopi yang terkenal di setiap negeri, masing-masing dengan rasa berbeza mengikut cara penduduk tempatan menikmatinya.
Restoran ini juga menyajikan laksa terbaik di Melaka. Laksa Nyonya mereka disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 makan terbaik untuk dicuba di Melaka.
Mereka juga menjual cenderamata dan juga pasta laksa bagi yang ingin membuatnya di rumah.
Calanthe Art Cafe
11, Jalan Hang Kasturi
75250 Melaka
Khai dan isterinya Amira adalah blogger pelancongan Malaysia yang menulis blog di Kaki Jalans. Perjalanan mereka telah membawa mereka ke hampir semua negara di Asia dan lima negara di Eropah. Mereka masih aktif melakukan perjalanan dan terus menambah di senarai ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]