Pesara polis ditahan selepas dikejar dari Negeri Sembilan ke Melaka

Pesara polis ditahan selepas dikejar dari Negeri Sembilan ke Melaka

Polis berkata suspek cuba melarikan diri selepas Honda City dipandunya melanggar sebuah van di Taman Sedia Raja, Chembong.

Rembau police chief Azmi Ali fb pic 12526
Pemangku Ketua Polis Rembau Azmi Ali berkata empat biji pil ekstasi ditemui dalam kereta bekas anggota polis berpangkat sarjan itu. (Gambar IPD Rembau)
PETALING JAYA:
Seorang pesara polis yang membawa empat biji pil ekstasi ditahan selepas dikejar sejauh 50km dari Negeri Sembilan ke Melaka, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Rembau, Azmi Ali, berkata wanita dalam lingkungan 60-an itu enggan memberhentikan keretanya dan cuba melarikan diri selepas Honda City dipandunya melanggar sebuah van di Taman Sedia Raja, Chembong, Rembau.

Menurutnya, suspek ditahan di Jalan Bukit Beruang, Melaka pada 10.30 malam Ahad lalu, selepas dikejar sejauh 50km oleh polis, dari Rembau ke Alor Gajah dan Melaka Tengah.

“Pemeriksaan menemui satu beg mengandungi empat biji pil ekstasi. Suspek yang pencen dengan pangkat sarjan bengkak pada kening kiri dan kanan akibat kemalangan itu,” katanya menurut Kosmo.

Jelasnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.