
Berita itu disahkan Jakim menerusi Facebook rasminya.
“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor, untuk urusan pengkebumian petang ini,” katanya.
Beliau mengambil alih jawatan ketua pengarah Jakim pada Januari tahun ini, menggantikan Mohamad Nordin Ibrahim yang bersara pada 27 Disember tahun lepas.
Paimuzi, lulusan ijazah sarjana muda Universiti Malaya dalam bidang syariah, pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah (Operasi) Jakim.
Sebelum itu, beliau adalah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 2013 dan ketua pegawai eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2017 sebelum kembali berkhidmat dengan Jakim.
Beliau juga pernah menjadi pengarah Jakim cawangan Sabah dan Institut Latihan Islam Malaysia pada 2008.