Wartawan alam sekitar terkenal Karam Singh Walia meninggal dunia

Wartawan alam sekitar terkenal Karam Singh Walia meninggal dunia

Pemergiannya awal pagi tadi dimaklumkan adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad Jasbant Singh.

Bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dikenali dengan gaya penyampaian yang lantang, termasuk penggunaan peribahasa unik dan mencuti hati dalam laporan beritanya mengenai alam sekitar. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Wartawan alam sekitar terkenal Karam Singh Walia disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Ia dimaklumkan adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh, sebentar tadi, menurut Berita Harian.

Karam Singh Walia merupakan bekas wartawan penyiaran TV3 yang telah berkhidmat sejak dari 1995 hingga bersara pada 2014.

Beliau sebelum ini dikenali dengan gaya penyampaian yang lantang, termasuk penggunaan peribahasa unik dan mencuti hati ketika mendedahkan isu pencemaran dan salah urus alam sekitar dalam laporan beritanya.

Karam Singh juga pernah memenangi pelbagai anugerah kewartawanan atas pelbagai laporan eksklusif mengenai isu-isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Beliau juga telah memenangi empat kali anugerah Malaysia Press Institute ‘Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik’ pada 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan dua kali ‘Anugerah Seri Angkasa’.

Selain itu, Karam Singh turut dikurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada 2011.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.