
PETALING JAYA: Calon bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2026 Mohamed Nasser Mohamed meninggal dunia pada usia 62 tahun, awal pagi tadi.
Berita pemergian Nasser yang juga antara penyumbang artikel khusus untuk Bahasa Melayu FMT disahkan oleh anaknya Rusina Othman menerusi Facebook.
Rusina memaklumkan ayahnya meninggal dunia kira-kira 3.45 pagi tadi.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Raja Muda Musa, Semenyih untuk disembahyangkan dan dikebumikan sebelum solat Zohor.
Nasser menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tersenarai pendek bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2026, sebuah pertandingan global yang menerima 7,806 penyertaan dari 54 negara.
Hanya 25 penulis dari 14 negara berjaya terpilih.
Pemenang bagi anugerah itu dijangka diumum hujung bulan depan.