
Menurut anaknya, Afiqah, bapanya didapati tidak lagi bernyawa ketika dikejutkan oleh ibunya kira-kira 12.30 tengah hari.
“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar 12.30 tengah hari, ibu pergi periksa ayah dan dapati ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita, lapor Utusan Malaysia.
“Kami sekeluarga memohon semua mendoakan agar urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
Jalil dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.
Terdahulu, penggiat seni berusia 69 tahun itu dilaporkan pernah mengalami masalah jantung sehingga menyebabkan keadaan fizikalnya merosot.
Sepanjang kerjayanya, Jalil pernah meraih anugerah berprestij, termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13.