Polis KK jejaki lelaki positif Covid-19 larikan diri dari klinik

Polis KK jejaki lelaki positif Covid-19 larikan diri dari klinik

Lelaki itu disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata lelaki itu merupakan warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok. (Gambar IPD Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU:
Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 yang melarikan diri dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok itu melarikan diri selepas diminta menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pusat kesihatan tersebut untuk dibawa ke hospital.

“Lelaki tersebut disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum itu,” katanya ketika dihubungi.

Sambil menggesa lelaki berkenaan menyerah diri di klinik kesihatan berdekatan secepat mungkin, beliau berkata Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu kini giat mengesan individu berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai berhati-hati serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya mengetahui keberadaan lelaki itu.

Kes diklasifikasi menurut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.