
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa mengesahkan perkara itu.
“Ya, (kerana) Majlis Keselamatan Negara nasihatkan.
“Terlibat rentas sempadan,” katanya ringkas kepada FMT ketika ditanya berhubung perkara itu.
Pada 16 Oktober lalu media melaporkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan di Pahang esok bagi membincangkan pelbagai isu politik semasa terutama keputusan biro politik parti itu yang mempertimbang menarik dari daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan menetapkan syarat baharu.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, mesyuarat majlis kerja tertinggi itu sepatutnya diadakan Sabtu lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana ada dalam kalangan anggota majlis kerja tertinggi berpendapat lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka.
Katanya, selain itu majoriti anggota majlis kerja tertinggi mempunyai komitmen di kawasan masing-masing pada Sabtu dan Pahang dipilih kerana negeri itu tidak terikat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Pada 13 Oktober lalu, biro politik Umno mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional supaya gabungan itu didaftar segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.