PM tiba di Istana Abdulaziz

PM tiba di Istana Abdulaziz

Turut kelihatan kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Affendi Buang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz hari ini bagi menghadap Agong, diiringi pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Affendi Buang. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz hari ini, bagi menghadap Agong.

Kenderaan yang membawa perdana menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura perdana menteri akan menghadap Agong mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.